Monday, March 14, 2011

AMANAH DAN BUDAYA KERJA

  • AMANAH IALAH SESUATU YANG DI PERCAYAI KEPADA SESEORANG. IA MERUPAKAN   BARANGAN, TANGGUNGJAWAB ATAU JAWATAN YANG DI BERI KEPERCAYAAN UNTUK DI JAGA ATAU DILAKSANAKAN. MENDIDIK IALAH JAWATAN YANG DI AMANAHKAN KEPADA KEUTUHAN, KEMAMPUAN, PERWATAKAN, DAN SAHSIAH DIRI YANG BAIK.
  •  TANGGUNGJAWAB GURU IALAH UNTUK MENDIDIK, MENGASUH, MEMBIMBING, MENYAMPAIKAN ILMU DAN MEMBENTUK AKHLAK ANAK DIDK SUPAYA MEREKA DAPAT DIBENTUK MENJADI MANUSIA YANG BAIK DAN BERJAYA. SEIRING ITU, GURU MERUPAKAN PENANGGUNGJAWAB KEPADA TUHAN, MASYARAKAT, IBU BAPA, DAN ANAK-ANAK DIDIK ITU SENDIRI.
  • KEDUA-DUA PRINSIP TANGGUNGJAWAB DAN PENANGGUNGJAWAB ITU, TERANGKUM DAN TERSIRAT DALAM KONSEP AMANAH. JESTERU ITU, AMANAH AKAN MEMANCARKAN PELBAGAI SIFAT BAIK DAN POSITIF GURU SEPERTI BERTANGGUNGJAWAB, BERSUNGGUH-SUNGGUH, DEDIKASI, KOMITED, BERBAKTI DAN BERKOBAN.
  • BUDAYA KERJA GURU ADALAH MENILAI, MENGHARGAI DAN MENGHORMATI PEKERJAAN KITA. BEKERJA BUKAN SAHAJA MERUPAKAN KEPERLUAN, MALAHAN IA MENJADI BUDAYA YANG MEWARNAI, MENCARI DAN MENEPATI TERHADAP APA SAHAJA AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH GURU. BUDAYA KERJA GURU MENEGASKAN BAHAWA PEKERJAAN ADALAH SEBAGAI AMANAH.

No comments:

Post a Comment